Followers

Friday, 15 April 2011

aku tegur sebab aku manusia berperasaan

Yes!!blog bersawang!!

ada spider jalan tongek2...

Walaupun aku tahu tak ramai pon yang baca blog ni...dalam ramai2 yang singgah kat cini, berapa kerat je yang betul2 baca, ramai yang singgah kat cini pon sekadar say "hi, saya follow...u follow me back ya",bukan baca pon kan..tak kisah..aiman tak kisah, nad pon tak kisah..tak pe...sempat aku balas knjungan korang, dan follow skali. sebab slagi aiman tak kisah nad pon tak kisah jugak..gedik!

Ya, aku sedar sapa aku dalam dunia maya ni. kalau orang cakap, "nad, ko pon blogging?" YES!!! Aku dah segan gila oink2 sebab aku hanyalah blogger yang tak seberapa.Penulisan aku tak semantop joegrimjow, blog.ariff dan tak la sefemes sesempoi zackzukhairi, cuma cun sket je dari blogger2 pompuan lain. Woha, bajet siot! dan lagi la annoying kalau stakat blogger macam aku nak tegur blogger2 otai kan. 

Post kali ni bukan nak tujukan pada sapa2 blogger otai ke blogger newbie ke, sebab kita semua sama ja. aku manusia ampa pon manusia, aku berak ampa pon berak,aku kentut ampa pon sama jugak kentut kan. sapa stuju angkat tangan macam saya (~~,)

Ramai blogger buat side income sambil blogging macam aku letak nuffnang, korang mungkin letak bnda lain kan, cuma aku  tak terkejar2 sangat dengan nuffnang tu. aku blogging pon suka2 saja. Wahai blogger2 sekalian, yang otai yang sempoi yang gedik cam aku yang hudoh can hang yang newbie, tak kisah lah anda blogger kategori apa, tak salah korang nak promote blog korang dekat mana2 pon tapi biarlah beradab. matlamat korang tu tak menghalalkan cara.

Aku tegur ni berasas. aku memang suka follow2 blog update kat facebook. Pernah sekali tu, ada sorang blogger tu agak femes juga gamaknya, dan aku selalu juga view dia punya blog, update cerita2 terbaru yang boleh aku download. Dia memang hari2 update blog dia, pagi petang siang malam dia update, lepas tu kat semua group blogger yang ada kat facebook dia postkan link dia tu. its ok...aku x kisah pon. tu salah satu cara nak up-kan traffic blog. Sekali tu dia upload video orang kena tangkap basah, dan seriously video tu memang amat jelas rupa pasangan yang kena tangkap tu.

Cukup la dengan pak guard yang tukang cekup pasangan tu memalukan dorang dengan merakam insiden tu. Then, bila pesalah lelaki tu cuba lindungi pesalah perempuan  di belakang dia daripada wajah  dirakam, boleh plak pak guard bongok tu tolak yang lelaki tu ketepi, then dia foks betul2 kat perempuan tu. Tak cukup dengan tu, pak guard tuh suruh perempuan tu alihkan beg yang dia guna buat tutup peha dia (sebab dia tak sempat pakai seluar) then fokus dekat peha budak tu. 

Yes! memang dorang salah. dorang buat satu dosa besar. Dan bagus tindakan pak guard tu mencegah maksiat. Tapi pak guard bodoh tu tak sedar konon2nya cegah maksiat, tapi dia pon turut sama buat dosa baru, record then sebarkan video tu kat orang ramai. YES! hang dah membuka aib rakan seagama hang  sendiri.Sebarkan video tu merata2 then orang yang dapat upload kat facebook. Then, bagi yang dapat video tuh ialah seorang blogger, satu bonus untuk dia melariskan blog dia dengan menggunakan video tu sebagai umpan. memang SHIT... 

Serious. Aku benci golongan2 macam ni. 

Saturday, 12 February 2011

CNY Holidays part 3 : hilangnya seorang bergelar ibu

Ramai students UniMAP balik kampung yang tinggal berapa kerat saja. Tu pun ramai students Sabah Sarawak yang tak balik sebab jauh. Students semenanjung tak ramai yang tak balik. Antaranya adalah aku dengan zura, classmateku. Disebabkan banyak kerja yang kena ciapkan aku korban cuti seminggu kat sini.


Sunyi. Sepi. Macam Negeri Pasir Dua Butir macam dalam  cerita P.Ramlee. gambaran kawasan apartment tempat kami duduk. Zura tak balik aku tak tahu ape reason dia x balik. Dalam mood jimat duit mungkin.


Surprise yang aku maksudkan bukan bertandang kat aku tapi Zura. Tengah2 cuti aku dapat tahu Zura balik KL tiba2 katanya emergency. Masa tu kami kat sini tak tahu lagi ape emergency tu dan dia pon tak cerita. Kami sama macam orang lain,  dengan rutin harian macam biasa.  Online facebook macam biasa and aku terbaca dekat wall facebook Zura

“Harap mak x apa2...cdih yer...kejam tol peragut tuh...kalu dpt mmg nahas...sedih..mak x sedar la...”


Loh, mak zura kena ragut. Dan masa tu dia dalam keadaan koma selepas buat pembedahan buang darah beku dekat kepala. Mak Zura menghembuskan nafas terakhir selepas 3 hari koma pada 6 Febuari 2011.[link1],[link2], Berita kematian tu memang mengejutkan kami yang masih bersisa tinggal dekat sini.  Kasihannya Zura. Selama ni dah lali dengan berita ragut tapi tak sangka berlaku pada ibu kawan sendiri. Kehilangan ibu tercinta tu, satu dugaan berat Allah nak uji. Aku yang tak ada pertalian darah ni pon rasa sebak apa lagi Zura.



Buat Zura, aku harap ko tabah. Jangan mudah putus asa. Allah menguji kita mengikut kemampuan kita. Ingat yang ko anak sulung dan ada adik2 lagi dengan ayah. Ko kena kuat semangat, sebab  ko la tempat adik2 ko bergantung semangat, kekuatan selain ayah ko. Doakan kesejahteraan mak ko disana. We are here in Biosystems Family sentiasa ada support ko. Live must go on.


Dan buat Sang Peragut si sampah masyarakat. Aku sampai sekarang tak paham kenapa wujud manusia macam korang. Setakat seribu, seploh ribu yang korang dapat tak berbaloi dengan nyawa yang korang ragut sekali. Tak ada hati perut betul. Manusia, kalau dah jahat, mengalahkan iblis. Binatang pon reti kasih sayang walaupun tidak berakal.


CNY Holidays part 2 : steamboat & gayboy


Jumaat

28 January 2011

Yeah! Makan free lagi. Yippie yippie hooray…

dah orang belanja siapa tak nak kan. Silap hari bulan Hantu Kak Limah pon join skali. Rezeki jangan di tolak, bala jangan dicari. This free treat is my 1st 2011 CNY holiday celebration,and esoknya kami yang tak balik kampung cuti CNY dah plan nak ber“family outing” dekat Bukit Air.  BTW, nothing too special during the meal,and gambar pon tak banyak ambil sebab semuanya dah macam jerangkung lepas pantang…yang guys siap tahan lapar dari pagi semata2 nak rembat steamboat malam tu.Special thanks buat 5 orang kawan2ku yang baik hati “open table” untuk 16 orang makan. Kenyang sampai buncit!



tangan pendengki semesta alam.!
                                 

                               “MAKAN BESAU, BELANJA BESAU,AKU memBESAU”, yeah.


Lepas makan, kitorang keluar ambil angin malam sekitar dataran depan Masjid Zahir, Alor Star. Tak la semacam i-city tapi quiet nice jugak. Macam2 ragam manusia aku jumpa malam tu.


Kes 1 : orang gadoh sebab rebut parking. Siap keluarkan parang nak tetak. Buat malu kaum je. Bukan xada tempat lain nak parking…banyak lagi…luas siap kapal terbang ngan soyuz spacecraft pon  bleh parking. Owh man, failed!


Ok habis dah drama sebabak 1st part. Kita masuk pula second season of drama sebabak.


Kes 2 : tengah syok2 ambil gambar ditemani cahaya2 lampu pokok ala2 i-city dengan pose2 yang cun ala2 Catherine Zeta Jones, ternampak satu pasangan merpati dua sejoli. pasangan gay kot. Sesuai sesangat macam peribahasa baru, bagai pinang dihentam tukul! Romantis seantero benua. Balak punya badan taf berketul2, "awek" pula firm  solid molid. Masa tu si abang maskulin duduk mencangkung atas batu,si abang feminine duduk antara celah kangkang si maskulin. Ok fine. Acceptable.
Beberapa saat berlalu……

Lovers :Abang maskulin peluk abang feminine dari belakang…kasi rapat2 sket duduk then, ”kelik…” Amik gambar le! Lepas tu, dua2 bangun pimpin tangan main keliling2 pokok…alahai. Rasa nak aje call Edry KRU suruh ambik berlakon buat Magika 2.haha
Aku : owh ok.....*(tengok intai2 ikut celah pokok takut kena marah. Tak tgok..hurm.rugi3x) 

share

Linkwithin

Related Posts with Thumbnails